Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar
(keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Thursday, July 3, 2008

Seronok tak malam pertama kita di sana...........



Assalamualikum,

Bertemu kembali kita atas kehendaknya,

Dalam perjalanan meniti hari-hari yang cepat berlalu , banyak perkara yang berlaku menyebabkan kehidupan kita resah dan gelisah. ... Bukan saja memikirkan masalah mencari duit, masalah kos sara diri dan keluarga yang semakin menggila , memikirkan masalah yang menimpa anak-anak kita , memikirkan masalah yang menimpa orang-orang dewasa kita , memikirkan masalah yang melanda pemimpin-pemimpin kita dan memikirkan masalah yang menjahannamkan negara kita ........ Poneng kopolo den(loghat N9)

Dunia hanyak sebentar, dunia hanya sekejap . Mungkin 20 hari , mungkin 20 tahun , mungkin 50 tahun , mungkin 60 tahun dan tidak ada orng yang hidup 100 tahun di malaysia ni.......

Tak takut ke kita nak pi kesana.

Remaja berpeleseran , tak takut ke bila dipanggil ke sana
Perasuah-perasuah , tak takut ke dengan bahan minumanya dari cecair timah , besi panas , darah dan nanah di sana ......
Penfitnah-penfitnah tak takut ke..... bahan makanan daging manusia bila di sana

Ingat CCTV selalu terbuka .....CCTV kita selalu beroperasi tanpa rehat untuk rakaman mahkamah di sana.....

Mari kita ingat pesanan Allah dalam surah yasin: "Pada hari tersebut Allah tutupkan mulut dan akan menjadi saksi (buat report) ialah tangan-tangan , kaki-kaki dan kulit-kulit mereka atas apa yang telah mereka lakukan di dunai....... Surah Yasin : 65

Ingat sahabat-sahabatku............ semua itu benar...........semua itu betul belaka......
kita cuma menanti masa untuk ke sana..................


Wasssalam

Wednesday, July 2, 2008


Assalamualaikum
Menjenguk kembali.................. Apa habaq semua sahabat ..... harap sihat selalu ,

Mai kita baca dialog ni...... dan lepas tu fikir-fikirkan bersama ...


Iman : Assalamualaikum, bos


Diri : Waalaikumussalam wbt.lama tak nampak awak.Awak cuti ker?


Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi..


Diri : Laa..kenapa pulak awak cakap camtu? pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan kau takde..


Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil.VCD,SMS, TV..jadi kami rasa terpinggir Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka.Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji,tapi banyak gak duit saya habis...entah ar


Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan memencilkan kami. Al Quran, Zikir, mathurat, solat Malam tak boleh bekerja dengan mereka..kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..


Diri : Saya tak pernah minta kau bercuti Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan sudah punya pekerja tambahan? Saya lihat mereka buat tuan gembira..


Diri : Argh, gembira apanya..Berterabur kerja kat pejabat tu!!Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali


Iman ; Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan tuan dari tuan di dalam rahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan kadang-kadang mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, En Dosa, tapi kami, tuan tak sediakan makanan. Kebajikan kami tak terjaga...


Diri : Maafkan aku. kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga,En Iman.


Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan memantau tuan, Dialah Allah.Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?


Diri : Janganlah menyalahkan saya.


Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih, dan amanah..Bukanlah saya nak memandang rendah pada jabatan baru En Dosa, tp kami tidak suka cara mereka bekerja. mereka meminggirkan kami Diri : Dah awak tak melawan?


Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung tuan tak jaga.. Sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari tuan.Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. salahkah kami meminta yg sedikit?


Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya


Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk tuan lagi.Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka.Siapalah kami..


Diri : Ehh, jangan..Bekerjalah dengan saya
Iman : Buanglah pekerja itu..Mereka meminta-minta dari tuan. Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami.


Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya.Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh..saya rimas..


Iman : (senyum sinis)..Maafkan kami tuan..kami minta diri dulu..tak perlulah kami berkhidmat dengan tuan kalau begitu..Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi..Tuan jangan risau, kami maafkan tuan..


Diri : Jangan pergi..saya sanggup pecat En Dosa..dan ahli jawatankuasanya, vcd, majalah yang melalaikan, dan sbagainya


Iman : Tuan betul-betul sanggup?


Diri : Ya, saya kelam kabut sekarang..Tak tenang,management berterabur..


Iman : Alhamdulillah. .kami free of charge..Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar..Silap hari bulan, CEO, Allah kita akan naikkan tuan ke pangkat yang lebih tinggi


Diri : Terima kasih..=) Panggillah ajk kamu bekerja semula. En Iman, saya akan jaga kebajikan kamu, panggillah En mathurat, En Zikir, En Solat,dan semua ahli jabatan kamu ya?


Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnya..


Diri : Terima kasih pegawai kewanganku ..


He he he ........ mai pikiaq sama-sama noooooo