Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar
(keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Sunday, June 29, 2008

Ubah gaya hidup.........




Assalamualaikum....

Sahabat-sahabtku...bertemu kembali di ruang elektronik ini...

Saya baru balik kampung.... maklumlah cuti hari minggu .. menjeguk ayah dan ibu tercinta. bila baik kampung rasa perut semakin besar ... sebabnya setiap hari mempunyai menu makanan yang tersendiri .... bukan saja setiap hari malah setiap jam akan bertukar menunya .... itu lah ibu.....dari kecil sehingga dewasan dia jaga kita ... tak tahu pula masa dia tua .. boleh tak kita jaga dia...

Bila sebut saja balik kampung zaman sekarang ni ... al maklumlah... dulu RM 40 dah boleh sampai Bandaraya Islam Darul Aman, tapi sekarang RM40 baru sampai separuh jalan... senjak minyak naik ni, nak jalan-jalan pusing-pusing ambil angin pun rasa takut. ..... takut perbelanjaan lari dari asal....
Bila naik harga minyak, semua orang "naik minyak" ( Mengamuk) .... kuih pun "naik minyak".... barangan pun "naik minyak"..... sayur pun "naik minyak" ... pendek kata semua "naik minyak"
bukan saja tu ,dah ada yang jadi orang minyak .... masuk rumah orang , masuk kereta orang hanyak sekadar nak curi barang sebab nak beli minyak . ada juga yang jadi tahi minyak ...... dan macam- macam minyak lagi ...... Apa pun "ubah cara hidup"
1. Dulu makan kat kantin, la ni bawa bekal
2.Dulu pi surau naik motor , la ni pinjam basikal anak :))
3.Dulu hari minggu berjalan, la hari minggu berkelah dirumah..
4.Dulu nak pi mana-mana menjalankan tugas ok je, la ni ada Klim ..... jalan , tak ada klim.....fikir dulu..............dan macam-macam lagi yang perlu diubah gayanya...

Doa lah pada Allah agar Allah murah rezki.....dah diberkati rezki......
1. Solat duha
2.Bagun awal pagi
3.Baca alwaqiah
dan lain-lain lagi .................sebab semuanya dari ALLAH.


Wassalam

Friday, June 27, 2008

Anak-anak nak masuk Universiti.....


Assalamualaikum

Betapa gembira ibubapa bila anak-anak nak masuk universiti. yang paling seronok anak-anak sebab dah boleh membebaskan diri dari rumah ibu dan ayah . Ayah pula sibuk mencari duit untuk membeli barangan untuk dibawa oleh si anak.... keluar duit simpanan, naik turun pejabat KWSP dan ada yang keluar masuk bank nak buat pinjaman . lagi malang bila sampai kena cagar tanah dengan bank untuk nak dapat duit ...itu kalau ada tanah , kalau tak ada tanah .....tak tahu ler ..

Apa keperluan semua dibeli..... siap buat senarai pendek barang-barang yang wajib dibeli . Dari baju kemeja , sarung bantal, cadar sampailah ke baldi cawan :)) pendek kata kalau boleh bawa, katil pun nak bawa.. yang penting semua keperluan cukup bila di SANA.. jangan tertinggal dan tercicir...... ( Macam di sana tak ade kedai) tapi itu lah susana nak pi universiti.........

Apamacam pula suasana kita nak pi ke SANA yang kekal abadi.

Ada buat tak senarai pendek Amalan dan barang keperluan di SANA..

solatnya......Al-Quranya......Puasanya..... Zakatnya...... dan lain-lain lagi yang telah di senaraikan oleh ALLAH pemilik di SANA ..... di SANA tak ada kedai dah tak ade peluang untuk balik untuk mengambil bekalan tercicir...... mai pikiaq bersama nooooooooo.....

Apa bekalan kita


Assalamualaikum



Bertemu kembali,



Sejak harga minyak naik....melonjak (sampai sesak nafas dibuatnya) ..isteri terpaksa lah bangun awal... masak nasi , masak lauk untuk dijadikan bekalan kami sekeluarga ke tempat kerja ...... bukan saja minyak naik , barang pun ikut sama , macam isi dan kuku pula ...

setiap hari dari abah sampai ke anak-anak bawalah bekalan...... bila sampai di pej , kita sangka kita seorang je yang bawa bekalan tapi semua rakan-rakan rupanya sama saja ....... bila depa tanya kenapa bawa bekal , jawapanya mudah saja ..... ubah cara hidup,ubah gaya hidup......hehehe. bila sebut saja bekal terbayang juga apakan bekalan kita untuk kembali ke sana ........... cukup ke sebekas amalan ....... cukup ke secawan air mata keinsafan...... cukup ke ............ mari kita renungkann bersama..



Wassalam...

Tuesday, June 24, 2008

Andaiku tahu bila saatnya tiba...............................

Andaiku tahu akhirnya hidupku.............

Assalamualaikum

Bersua lagi...... Siapa tahu tarikh kematianya ??

esok ? Lusa ? bulan ini ? atau tahun hadapan................ apa persediaan kita.......menghadapinya

Fikir-fikirkan........

Monday, June 23, 2008

Dunia.............Kelas untuk belajar dan dewan peperiksaan..

Assalamualaikum
Bertemu kembali.....

Bila Lahir kedunia diibarat masuk ke sekolah.....
Dunia tempat kita belajar ......... dunia tempat kita menimba pengalaman .....

Bila kita cukup umur untuk dipertanggungjawab ibarat masuk dewan peperiksan...........mana yang betul diberi markah .....mana yang salah pun diberi markah..
semua jawaban yang salah dan betul hasil apa yang kita belajar dan apa yang kita tahu.
Apa yang kita belajar ?? .... Apa pula yang kita tahu........?? dari mana kita belajar ?? dan dari mana kita tahu ??
Persoalan yang sentiasa mengetuk orang yang celik aqal......tapi tidak pada orang yang buta hati..
orang yang celik aqal , dia tahu apa yg dia belajar dan tahu dari mana dia belajar.
Orang yang celik aqal tahu menjawab persoalan dari mana aku datang ?? .... Kenapa aku datang ????.....dan ke mana selepas itu ????
Persoalan yang mengetuk hati dan jiwa ...... persoalan yang mengetarkan perasaan ..... persoalan yang menginsafkan .......

Hanya orang yang betul menjawab dan celik aqal saja yang akan lulus dalam peperiksaan yang besar nanti................

Apa kesudahanya............orang yang keras hati......... sila jawab sendiri....

Wassalam

Sunday, June 22, 2008

Renungan sejenak........

Assalamualaikum....

Bertemu kembali ...... imbasan kembali dalam fikiran kita semasa saat-saatku dilahirkan...
setelah berkampung didalam perut ibundaku selama 9 bulan yang hanya mengharapkan rahmat dari tuhan. . .
Sembilan bulan dibawa,digendong,dibelai.........
sembilan bulan yang penuh dengan cabaran...........

Bayangkan betapa besarnya pengorbanan mereka yang dicurahkan bagi memastikan aku melihat dunia . imbasan mengingatkan betapa besarnya pengorbanan mereka. membuatkan aku insaf tanpa meraka siapakah kita . tanpa rahmat tuhan siapalah kita yang layak hidap atas dunia ini , pantaskah kita tidak bersyukur padanya .........

Pantaskan kita menodai ikrar kita pada nya " Sesungguhnya hidupku,matiku dan perjalanan hidupku hanya kerananya" Ikrar yang kita laungkan setiapkali ita mengerjakan solat .

Mari kita renung sejenak....... sejenak yang membawa keinsafan....

wassalam

Salam perkenalan......... dari hati ke hati

Assalamualaikum,

Salam perkenalan dariku untuk semua yang membuka,terbuka dan membaca apa yang terkandung di dalam blog ini...... semoga dengan sedikit pengalaman dan perjalanan dapat kita kongsi bersama di sepanjang jalan menuju ke sana........


wassalam...... abu suhaib