Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar
(keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa".

Friday, December 25, 2009

Nikmat kesihatan...







Rasulullah telah besabda " 2 nikmat yang amat disukai oleh kebanyakan manusia ialah nikmat kesihatan dan kelapangan "

Manusia amat suka kepada dua nikmat ini , siapa yang tak suka sihat . Ramai orang berusaha untuk menjadi sihat , selain bersenam ada juga yang menggamalkan minuman dan makanan kesihatan sepanjang hari . bukan saja yang muda , malah yang tua semakin kuat menjaga kesihatan untuk dilihat bertambah muda .... Ingatlah kita memang kena jaga kesihatan tapi kadang-kadang kita lupa kesihatan hati dan jiwa kita , kesihatan iman kita juga penting .

Sudah kah kita sentiasa makan ubatan yang boleh menguatkan iman dan jiwa kita . mengikut ulama antara ubatan yang mujarab untuk memperkuatkan iman dan jiwa kita ialah :

1. Solat....... 2. Bacaan Al-Quran.....3. Bersahabat dengan orang yang baik ........4. Qiamullail........
5. Zikrul maut ......6.Ziarah orang sakit dan banyak lagi pil-pilnya yang perlu di usaha oleh individu seseorang .... kalau nak pastikan kita sihat .....

Bila fizikal sihat , aqal pun sihat , jiwa dan iman pun sihat , maka jadilah kita seoarang yang sihat dalam erti kata yang sebenar ....

satu lagi kenikmatan yang disebut oleh Rasulullah Allah ialah masa yang lapang .... Masa itu kehidupan ... masa itu emas ... kata pepatah arab " masa itu ibarat pedang , jika kita tak potongnya , ia akan memotong kita " , pada saat ini ramai orang telah dipotong oleh masa . Masa yang berlalu pantas berlalu , masa yang berlalu sekejap waktu pagi matahari naik , petang pula dia turun .... sekejap saja ... bermakna semakin tua lah kita ...
Banyak kerja yang perlu dibuat ... masa pula semakin suntuk. Oleh itu bila sebut saja waktu kosong sering dikaitkan dengan "Lepak " bila waktu kosong ramai yang melepak dan membuang masa . bukan tak ade kerja tetapi ada satu sifat yang dibenci oleh allah ialah "Kerja bertangguh".
Ingat pada anak-anakku , bila disuruh melakukan sesuatu pekerjaan maka mereka akan menjawab " Kejap .... Kejap " bila dan kejap maka jadilah kerja tersebut tertangguh-tangguh. Saya rasa sudah sampai masanya kita membuang jauh-jauh sifat menangguh ini sebab Allah tidak menangguh masa pagi dan yang lebih penting Allah tidak menangguh masa mati...
Marilah kita menjaga masa kita terutama bila datangnya tahun baru Hijri 1431 dan masihi 2010 dengan langkah ini ;
1. Buat perancangan dalam semua hal
2. Disiplin dalam menjalankan perancangan tersebut
3. Fokus terhadap kerja kita
4. Jangan menangguh kerja (perlu merasakan satu jam lagi atau esok mungkin lebih banyak
kerja mendatang dan lebih sibuk dari hari ini)
5.Buat kerja mesti menghasilkan yang terbaik
6. Ikhlah keran Allah.

Semoga dua nikmat ini yang kita sukai ini akan di usruskan dengan baik dan memberi munafaat kepada kita dalam mengharungi hari mendatang dengan penuh cabaran......

Wassalam

Friday, December 11, 2009

Kembali bertemu ... sudah lama masa berlalu

Assalamualaikum.....

Lama sungguh tidak menulis di blog sendiri ... nak kata sibuk .. sibuklah juga . Tapi Allah sudah memberi kita masa yang cukup untuk kita berkerja .