
Assalamualaikum
Betapa gembira ibubapa bila anak-anak nak masuk universiti. yang paling seronok anak-anak sebab dah boleh membebaskan diri dari rumah ibu dan ayah . Ayah pula sibuk mencari duit untuk membeli barangan untuk dibawa oleh si anak.... keluar duit simpanan, naik turun pejabat KWSP dan ada yang keluar masuk bank nak buat pinjaman . lagi malang bila sampai kena cagar tanah dengan bank untuk nak dapat duit ...itu kalau ada tanah , kalau tak ada tanah .....tak tahu ler ..
Apa keperluan semua dibeli..... siap buat senarai pendek barang-barang yang wajib dibeli . Dari baju kemeja , sarung bantal, cadar sampailah ke baldi cawan :)) pendek kata kalau boleh bawa, katil pun nak bawa.. yang penting semua keperluan cukup bila di SANA.. jangan tertinggal dan tercicir...... ( Macam di sana tak ade kedai) tapi itu lah susana nak pi universiti.........
Apamacam pula suasana kita nak pi ke SANA yang kekal abadi.
Ada buat tak senarai pendek Amalan dan barang keperluan di SANA..
solatnya......Al-Quranya......Puasanya..... Zakatnya...... dan lain-lain lagi yang telah di senaraikan oleh ALLAH pemilik di SANA ..... di SANA tak ada kedai dah tak ade peluang untuk balik untuk mengambil bekalan tercicir...... mai pikiaq bersama nooooooooo.....
No comments:
Post a Comment